Monthly Archives: May 2009

Tidur & Malam

Sedikit perkongsian…

Perbualan antara bapa dan anak..

Bapa    : “hadei…susah btol la nak tido…dah berminggu-minggu cani”
Anak    : “fikir banyak sangat kot?”
Bapa    : “xdelah..nak pikir ape..pencen dh ade ko pon dh besar panjang…”
Anak    : “hmm…mungkin la kot…”
Bapa    : “mungkin ape?”
Anak    : “ye la…dlu mase mude2 dh cover tido petang2…tu yang kuota skrg dh xde…kot la”
Bapa    : …(agak makan dalam jugak budak nih)…

kite baca mungkin ianya seperti cerita lucu yg berlaku secara tak langsung tetapi ianya mempunyai mesej yang ingin diselitkan.

Antaranya khas ditujukan kepada penggemar tidur..tidur itu perlu. kerana pada waktu tidur itu beberapa fungsi biology badan yang tidak dapat dilaksanakan sewaktu kita berjaga akan dilaksana. antaranya proses penghadaman. proses penghadaman makanan untuk dicernakan kepada zat-zat dan nutrien yang lebih kecil terus berjalan setiap waktu. tetapi proses ini akan menjadi lebih progresif ketika kita tidur. Jika anda sedar walau sebanyak manapun kita makan sebelum tidur, rasa lapar tetap akan muncul selepas kita bangun. Ini kerana proses yang berlaku lebih pesat.

Proses biologi kedua yang tidak kurang pentingnya, pembaikan sel badan yang pesat ketika tidur. Menurut kajian, sel badan akan lebih mudah sihat dan diganti dengan sel baru bagi sel yang telah mati ketika badan manusia berada dalam keadaan yang sihat. Ini kerana tenaga akan ditumpukan di proses berkenaan. ianya juga antara sebab kenapa ada ubat yang diambil memberikan kesan mengantuk kepada yang mengambilnya.

Waktu tidur yang terbaik adalah waktu malam, kerana malam itu memang diciptakan untuk sebahagian makhluk tuhan untuk tidur. Kenapa sebahagian? Ini kerana sebahagian yang lain menggunakan waktu malam untuk mencari rezeki dan meneruskan hidup. Ia dikenali sebagai ‘nocturnal’ atau haiwan malam. Suasana, keadaan dan atmosfera malam itu sendiri memang adalah paling sesuai untuk tidur. Oleh itu, nikmatilah tidur malam yang sempurna. Kerana tidur yang sempurna walaupun sebentar, dapat memberi kesegaran yang maksima. Percaya atau tidak akan saya kongsikan bagaimana cara untuk mendapat tidur yang sebentar tetapi dapat memberi impak kepada kesegaran anda.

ALUMNI..at a glance

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera..

Sedikit perkongsian info kepada mereka yang bakal menjadi bekas pelajar atau lebih hebat  jika disebut sebagai ALUMNI.

Beberapa definisi yang perlu anda tahu dan soalan yang selalu ditanya.

1. Siapa ALUMNI?

Jawapan : Alumni adalah mereka yang telah berjaya menamatkan satu kursus dari mana-mana ALMA MATER yang berkenaan.

2. Apa itu ALMA MATER?

Jawapan : Alma Mater ialah gelaran bagi institusi dimana ALUMNI berkenaan berasal. Contohnya sekolah, kolej, universiti dan sebagainya.

3. Apa itu PERSATUAN ALUMNI?

Jawapan : Persatuan Alumni ialah satu persatuan yang disertai oleh alumni. Persatuan ini berfingsi untuk mengekalkan hubungan sesama ahli persatuan tanpa mengira tahun graduasi. Menjaga kebajikan serta platform untuk alumni berbakti kepada Alma Mater.

4. Adakah semua ALUMNI merupakan AHLI PERSATUAN ALUMNI?

Jawapan : Tidak. Persatuan Alumni sama seperti persatuan lain. Keahlian Persatuan Alumni bukan secara automatik selepas menjadi Alumni. Sama seperti mana-mana persatuan, perdaftaran sebagai ahli merupakan syarat utama untuk menjadi ahli.

5. Adakah ianya WAJIB untuk setiap ALUMNI mendaftar sebagai AHLI PERSATUAN ALUMNI?

Jawapan : Tidak. Bergantung kepada kerelaan alumni itu sendiri. Tetapi amat-amat dialukan penyertaan anda sebagai ahli kerana tidak ada kerugian kepada anda jika mendaftar sebagai ahli.

6. Apa yang akan saya dapat jika saya mendaftar?

Jawapan : Sebagai ahli, anda layak untuk menyertai mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni. Dan yang paling penting rangkaian anda dan alumni-alumni serta maklumat berkenaan Alma Mater anda tidak terhenti begitu sahaja.

[P/S :  Mari sertai PERSATUAN ALUMNI tapi selepas bergraduasi la.]

Tagged , , , ,

~TEMAN & SAHABAT~

TEMAN

Kamu mungkin paling teman baik untuk satu tahun,
Teman baik untuk tahun berikutnya,
Kurang bertegur sapa pada tahun seterusnya,
Tidak bertegur pada tahun selepas itu…

Apa yang ingin saya katakan,
Jika saya tak pernah tegur kamu lagi dalam hidup kamu,
Kamu lah teman saya yang membuat perubahan dalam hidup saya,
Dan kadang-kadang, saya pandang tinggi dan hormat kamu!

Dan ini untuk teman-teman ku,
Tidak kira berapa sering kita berbual,
Berapa rapat kita,
Kepada teman lama, saya tak pernah lupa kamu,
Dan kepada teman baru, saya tidak akan..

INGAT, semua orang perlukan teman..
Satu hari nanti kamu akan rasa yang kamu langsung tidak punya teman..
Hanya ingat pada ini..
Sentiasa percaya yang…
Seseorang diluar sana sentiasa mengambil berat tentang kamu, dan selalu akan…

Kerana kamu adalah kawan sejati yang akan duduk di samping kamu dan berkata…
“Terukkan keadaan kita? Tapi kita gembira!”

Beberapa perkara telah saya pelajari…
Saya belajar,
Hidup ini macam tisu tandas?!
Semakin dekat dengan hujungnya, semakin laju dia berpusing…
Saya belajar,
Kita harus bersyukur kerana kita tidak selalu dapat apa yang kita inginkan…
Saya belajar,
Duit bukan boleh membeli kepercayaan..
Saya belajar,
Setiap perkara kecil yang berlaku, setiap hari yang membuatkan hidup ini menarik…
Saya belajar,
Walau segagah mana pun seseorang itu, terdapat jauh disudut hatinya untuk dihargai dan disayangi..
Saya belajar,
Membiarkan sahaja fakta tidak akan sesekali mengubah fakta tersebut..
Saya belajar,
Semakin sedikit masa saya ada untuk membuat kerja, semakin banyk kerja yang saya dapat siapkan…
Kepada teman-teman ku,
Terima kasih diatas pahit manis, suka duka dan pengalaman yang telah kita lalui bersama.
Terima kasih kerana sudi menjadi seorang…TEMAN..

Kau Sahabat Kau Teman

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
( korus )

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
( korus )
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Sahabat Sejati

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi