Perkara yang 5 itu dan hari ini.

Assalamualaikum wbt n selamat sejahtera.

Setiap hari, setiap jam dan setiap detik manusia pasti melalui satu perkara yang sama iaitu pertambahan pada umur kita. Bayi menjadi kanak-kanak, kanak-kanak menjadi remaja, remaja menjadi dewasa, dewasa menjadi tua akhirnya tamatlah satu kisah kehidupan andai diizin oleh Allah SWT. Sedar atau tidak, semakin hari semakin dekat kita dengan satu peringkat umur yang kematangannya berbeza-beza. Kematangan dari segi tingkah laku, tutur kata serta pemikiran. Sehingga hari ini, berapa kalikah kita bersyukur yang kita masih bernyawa? Berapa kalikah kita bersyukur kita masih merasai nikmat kurniaanNya? Pernahkah kita terfikir andainya salah satu daripadanya tidak ada pada kita pada hari esok? Saya percaya pasti ada yang terlintas tentang perkara sebegini sama ada dihati atau fikiran. Yang menjadi persoalan, apakah tindakan kita lakukan? Cukupkah bekalan yang kita ada?

Kali ini saya ingin mencoretkan sedikit pendapat atau mungkin boleh dikatakan perkongsian atau nasihat yang ingin saya sampaikan kepada diri saya dan sahabat-sahabat yang saya amat kasihi.

Saya teringat satu peristiwa ketika mendengar penerangan daripada seorang sahabat saya berkenaan dengan pelan pemasaran perniagaan yang disertainya. Ayat yang dituturkan lebih kurang begini,”..Pelan pemasaran ini lain daripada yang lain, ada 5 macam rukun Negara, rukun solat pun ada 5..”. Benarkah rukun sembahyang ada 5? Saya beranggapan mungkin sahabat saya tersilap. Cuma apa yang ingin saya sampaikan di sini, sesuatu perkara yang mempunyai perkaitan dengan agama sepatutnya tidak elok jika dijadikan modal untuk menarik perhatian orang lain menyertai sesuatu dan lebih parah lagi jika faktanya tidak benar. Untuk pengetahuan semua rukun solat ada 13 semuanya, boleh rujuk di http://www.e-zakat.com.my/baru/ibadah/rukunsolat.asp.

Berbalik kepada persoalan asal yang ingin saya bincangkan, perkara yang menjadi tiang agama iaitu solat. Mungkin berkenaan rukun ada yang tidak tahu Cuma tidak tahu di mama silapnya. Tedapat beberapa golongan manusia diatas muka bumi ini.

  • Tahu tentang solat, melakukanya.
  • Tidak tahu tentang solat, melakukannya.
  • Tahu tentang solat, tidak melakukannya.
  • Tidak tahu tentang solat, tidak mahu mencari tentangnya.

Golongan pertama, mereka ini tergolong dalam kumpulan mereka yang menurut ajaran yang sepatutnya. Golongan ini juga mempunyai pecahan-pecahan lagi tetapi tidak akan dibincangkan kali ini. Golongan yang kedua, mereka ini adalah mereka yang berpura-pura atau dalam perkataan lainnya digelarkan golongan munafik. Melakukan sesuatu kerana ada kepentingan yang lain, berdusta itulah antara sifat mereka. Golongan yang ketiga ini adalah golongan yang semakin bertambah setiap masa. Mereka tahu yang solat itu wajib, tetapi di ambil ringan. Golongan terakhir ini digelar mereka yang jahil, tidak tahu dan tidak mahu mencari. Golongan ini umpama musuh yang nyata bagi umat Islam kerana memperlekehkan agama termasuk golongan kedua dan ketiga.

Melihat kepada senario semasa iaitu senario yang saya sendiri alami, umat Islam kini begitu memandang mudah terhadap solat. Semuanya dengan alasan yang stereotaip; kesibukan kerja. Benar yang kerja itu penting. Tetapi adakah pentingnya sehingga membolehkan solat diabaikan? Terkadang tidak menyedari yang waktu solat sudah hampir bertukar. Tidak dinafikan ada ketikanya kita perlu untuk menyiapkan sesuatu pekerjaan tersebut demi menjaga periuk nasi kita. Tetapi pernahkah kita fikirkan ‘periuk nasi’ kita di akhirat? Ada yang beralasan akan menghabiskan masa tuanya nanti untuk memperhambakan diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Persoalannya sempatkah dia? Ajal maut ditangan tuhan, siapa kita untuk membuat keputusan?

Utamakan yang utama. 10 minit daripada satu per lima waktu setiap hari bukanlah terlalu lama. Jika kita boleh bersembang dengan teman-teman lebih lama dari itu, mengapa tidak boleh memperuntukkan sedikit waktu untuk ber’cerita’ dengan Tuhan pencipta, mengadu kesedihan hati dan menghamparkan kesyukuran atas perkenanNya untuk menghirup udara segar, dapat melihat keluarga dan yang tercinta serta mencari secebis rezeki di atas bumiNya ini. Alhamdulillah.

Jika ada kesilapan yang saya coretkan dalam artikel ini, silalah tegur. Apa yang dikongsi Cuma berbekalkan sedikit ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi dengan melihat gelagat manusia. Apa yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang kurang baik itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Semoga bulan Ramadhan yang bakal tiba ini diambil peluang sepenuhnya bagi kita mencari keredhaanNya. Insya’allah. Wallahu’ alam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: