Daily Archives: August 30, 2009

KERJA..?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Semoga kalian berada dalam keadaan sihat wal’afiat.

Untuk kali ini satu topik yang agak menarik bagi saya untuk dibicarakan. Satu perkataan yang diberi nama ‘kerja’. Ada apa dengan kerja? Erm.. Alam pekerjaan merupakan alam yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang masih belajar. Antara sebabnya, mereka mahu memegang duit sendiri dan membeli sesuatu yang telah lama mereka idamkan. Ada pula yang mahu berkerja kerana dianggap matang jika sudah bekerjaya. Atas beberapa sebab ada juga yang tidak mahu meneruskan pelajaran kerana tidak sabar bekerja. Tetapi itu hanyalah pandangan daripada segelintir umat manusia. Saya tidak kata pendapat mereka salah ataupun benar. Walau setiap apa pun yang dilakukan mereka, saya percaya mereka telah memikirkannya masak-masak.

Pernah suatu ketika dahulu Negara kita mengalami masalah berkenaan dengan pengangguran apabila berlakunya lambakan mereka yang keluar atau dalam bahasa yang lebih baik, bergraduasi daripada institus-institusi pengajian di seluruh Malaysia pada tempoh masa yang dekat. Ini memberikan persaingan yang amat tinggi kerana tempat yang ditawarkan adalah terhad. Cuma apa yang menjadi pertanyaan saya, pada masa yang sama juga berlaku peningkatan angka kemasukan buruh-buruh asing. Kenapa ini berlaku? Pendapat saya, mungkin betul kos tenaga buruh asing lebih murah dan bukannya majikan tidak mahu mengambil pekerja tempatan tetapi satu masalah besar yang ada pada rakyat Negara ini sendiri iaitu mereka fikirkan yang kerja itu tidak setaraf dengan kelayakan mereka. Maaf, bukan saya ingin memburuk-burukkan saudara-saudara saya. Tapi ini lah realiti yang saya sendiri perhatikan.

Pernah satu hari ketika saya melakukan lawatan ke salah satu negara kuasa besar di Asia iaitu China, ketika itu satu dunia di landa masalah kenaikan harga minyak. Saya memerhatikan setiap kali rombongan kami turun dimana-mana perhentian, pasti ada yang datang menjual barang ditepi-tepi jalan datang menghampiri kami. Saya bertanya kepada pemandu pelancong kami disana, adakah keadaan ini biasa disana? Apa yang mengejutkan saya adalah jawapan dari beliau, boleh dikatakan ada diantara mereka yang mengusung barang jualan itu adalah graduan universiti tempatan. Kos kehidupan disana (Beijing) lebih tinggi berbanding di Malaysia. Sekurang-kurangnya mereka berusaha untuk mencari sesuap rezeki tanpa mengira kelulusan. Dan apa yang boleh dibanggakan, boleh dikatakan tidak ada buruh-buruh asing yang boleh dilihat dikawasan pembinaan atau di mana-mana sahaja. Satu pencapaian yang baik bagi negara yang mempunyai rakyat bersemangat patriotisma yang tinggi.

Berbalik kepada negara ini, rakyat kita lebih rela melepaskan peluang kepada buruh-buruh asing. Jika ini berterusan, satu lagi lambakan yang kian menular iaitu lambakan buruh-buruh asing akan menjadi masalah kepada negara. Rezeki itu tidak datang sediri, usaha diperlukan bagi memperolehinya.

Sedikit kata-kata yang diambil daripada seorang sahabat karib saya untuk difikirkan,

“aku pernah mencari, dan tidak kutemui..kemudian berputus asa. bila ia datang semula, aku persia-siakannya…smoga aku brubah ke arah kebaikan..amin..”.

Wallahu’alam.

Advertisements